KATA-KATA ALUAN GURU BESAR 2019



Assalamualaikum……….
Alhamdulillah saya memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah telah berjaya mengemaskini dan menyusun semula buku Pengurusan Sekolah 2019 untuk panduan guru-guru dan kakitangan sekolah dalam menjalankan urusan serta program sekolah dengan lebih tersusun dan efektif.
Sesungguhnya penyusunan buku ini amat penting dalam usaha membina kekuatan ke arah kecemerlangan murid yang berkualiti. Kita mengharapkan guru-guru mempunyai kekuatan dalaman dan keunggulan peribadi dalam menghadapi segala cabaran  ke era globalisasi.Justeru itu bagi melahirkan insan yang inovatif, kreatif dan berdisiplin dari segi sahsiah dan lebih berdaya saing serta melahirkan murid yang berdisiplin , sifar salah laku yang negatif dan ke arah kemenjadian murid yang lebih unggul.
        Akhir kata saya mengharapkan semoga usaha seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang ke arah merealisasikan kecekapan untuk kecemerlangan dalam kalangan murid-murid dan warga Sekolah Kebangsaan Banggol Pa’ Esah.

Sekian, Wassalam.

..........T.T.............
PN ZALIHA BINTI ISMAIL
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Banggol Pa’ Esah
16810 Selising,Pasir Puteh Kelantan

No comments:

PENDAFTARAN PRA SEK 28.2.2021 (HARI AHAD)

 PENDAFTARAN PRA SEK  28.2.2021 (HARI AHAD) SK BANGGOL PA' ESAH